Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Rentetan Kisah Teman-Teman (Beberapa Fasa)

Salam 1Dunia..

Dah lama aku x tulis kat sini..
harap2 apa yg akan aku tulis ni x menganiaya sapa2.
cuma utk ceritakan hal yg sebenar saja.

huhu..
intro tu dgr macam panas je erk..
hahah..
xde la, hal biasa ja..
antara kawan2, kawan, mcm kawan dan kawan ke?

ada mcm2 jenis kawan yg aku kenal.

ANTARANYA..

1- kawan2 waktu senang
2- kawan2 waktu diperlukan
3- kawan2 yg dipergunakan
4- kawan2 di bibir ( maknanya.. ckp je bkawan dgn kita, pdhal x pon.. )
5- kawan2 ada hasil (maknanya.. ada hasil baru cerita.. bkawan ada makna)
6- kawan2  yg mengikut kawan (maknanya.. dia akan bkwan dgn kta hanya disbbkan kwn yg lain)
7- kawan2 hipokrit
8- kawan2 yg terasa diri dorang mcm best
9- Kwn2 yg menjengkelkan
10- kawan2 susah dan senang

ada byk lagi jenis kawan2 yg aku dh penah jmpa.
tp x dapat la nak listkan kat sni.
dalam umur yg mencecah 3 series ni (30 thn), byak juga jenis kwn2 yg aku dh jmpa.
bayangkan org2 yg jauh lebih veteran drpd kita.
ntah brpa ramai org yg dorang dah penah jmpa dan bergaul.
sbb tu org2 lama ni selalunye cool je kan.
sbb dorang tgk org lain tu dorang dah tau dah orang tu jenis yg camana.
but not in detail la. hahah..

Kwn2 time Senang ~ aku gambarkan sbg kawan yg akan muncul pada waktu yg kita berada dlm
kesenangan. Dalam Kesenangan ni bkn bmaksud time kita berduit atau berharta saja. tapi kawan yg mengaku kawan waktu kita berada di atas. maksudnya waktu kita ada pangkat, glamor dan waktu kita sedang mendapat perhatian ramai. Kwn yg camni mmg sgt mudah nak dijumpai. x perlu aku huraikan, sbb org yg mcm nie bersepah-sepah disekeliling kita.

Kwn2 waktu diperlukan ~ yg ni aku gambarkan sbg kawan yg ada dgn kita waktu dia memerlukan khidmat atau bantuan kita. org2 camni selalunye org yg selalu ada berdekatan kita. cth nya jiran2, kwn skola, member kelas, officemate. kwn2 camni akan muncul dlm waktu2 tdesak skit. cth nya mcm ni. bile dia nak gi mana2 tmpt, tp dia xde keta sbb keta dia rosak. tiba2 dia akan muncul dpn kita dan berbual spt bersahabat baik dan mnta tlg drpd kita utk hantar dia gi mana2. Atau pun waktu nak guna duit, time org tu tgh pokai.. selain tu kwn yg camni dia akan mengaku kita sbgai kawan bile dia perlukan khidmat kita. cth nya, seseorang tu baru hbs blaja, tgh cari keje dan tau kita keje di tmpat yg agak baik. orang tu tanpa segan silu akan mnta bantuan kita untuk rekemen dia masuk keje kat tmpt tu, slps dh dpt keje tu.. faham2 sendiri la ye. akan muncul rasa was2 dlm diri org yg kita bantu tu.. kwn aku ke mamat tu erk?? hahah.. cth yg lain pula adalah bile ada sesuatu aktiviti yg nak dibuat yg memerlukan penyertaan ramai, time tu la nama kita terlintas di fikiran dorang.. atas sbb nak kurangkan kos ke.. nak tambah manpower ke.. nak cukupkan korum ke.. mcm2 sbb la. Kwn yg camni pon bersepah-sepah gak kat dunia ni. senang je nak jmpa.

Kwn2 yg dipergunakan ~ kwn2 yg camni aku kesian skit. sbb kadangkala dorang sedar dorang dipergunakan, tp tetap nak berkawan dgn org tu disebabkan dia rasa dia x akan dpt kawan lain lagi dh dlm dunia ni. dan org yg pergunakan dorang tu la kwn yg terbaek dlm dunia ni. rasa cam best je. atau pun org ni terlalu terhegeh-hegeh nak cari marka.. sudah nye, mmg lebur la segala apa yg ada. mmg duit, harta, tenaga sume dikerah dan diperah2 la..   hahah.. sbnrnya org2 camni pada pendapat aku, dia xde self confident. sume aturan idup dia akan mengikut aliran mcm aliran air sungai.. dia x akan menongkah arus utk sampai pd sesuatu matlamat dia. Tp disebabkan dia nk mendapat tmpat di kalangan kwn2 dia, org2 camni akan ketepikan perasaan malu dlm diri dia. Kena berani mencoba beb.. baru la gentle.. hahah..

Kwn2 di bibir ~ Org camni aku gambarkan plak sbg kawan yg hanya mengaku kita sbg kwn sekadar di bibir saja. bila org tnya sapa kita kpd dia.. dia akan jwb.. 'kwn aku @ kawan @ member'. sbnr nye aku ada ramai kwn yg camni. walaupun ada yg dah lbh 10-20 thn aku kenal. Kwn yg mcm ni yg bahaya sbnr nya. dlm satu-satu masa dia bole jadi kawan susah dan senang.. tapi di masa lain dia boleh jadi musuh ketat kpd kita. mcm2 bole jd bile bkawan dgn org camni. dia jadik mcm transformer.. tp dia transform dr dalaman je la.. hahah.. so, jaga2 cik Salmah.. abg Sarip Dol dtg niii.. hahaha.. ( kisah org2 mcm ni le yg akan aku masukkan dlm fasa kedua dan fasa2 yg seterusnya coretan aku ni )

Kwn2 ada hasil ~ Haaaa.. kwn yg camni senang je nak describe.. dia mcm org berniaga yg x ikhlas atau ahli politik yg x ikhlas juga. org camni akan mengaku kita kwn atas sbb yg spesifik.. utk keuntungan mereka. cth org yg berniaga ni adlh mcm ni.. ada sesetengah org berniaga akan menyembang dgn kita time kita beli brg kt kdai dia atau gerai dia. tp bile kita jmpa dia kat luar, blm tentu dia nak tegur. sbb nya pd waktu tu kita x mendatangkan hasil pada dia. itu cth yg mudah le.. cth yg lbh berat skit camni, mcm kontraktor2 yg akan menjaga klien dia atas sbb utk mendapatkan job. Ada job ada la hasilnya.. huhu.. Ahli politik yg x ikhlas ni bkwan demi mendapatkan apa2 yg cuba diperjuangkan. slps dpt apa yg dia nak, blum tentu dia muncul dpn kita.. heheh.. jgn marah haa...

Kwn2 yg mengikut kawan ~ dengar mcm pelik je kan kwn yg camni. Dlm x sedar sbnarnya ada kwn2 kita yg camni. sbg contoh yg paling mudah.. penah x korang mengajak sape2 kwn utk keluar minum2 atau keluar ke mana2 tmpt.. lps tu org tu akan tnya.. 'si polan si polan ada x?' dah tu klu kwn yg dia tnya tu xde, dia x muncul. Daya tarikan org tu utk bkawan dgn kita hanya semata-mata klu kwn lain yg dimahukannya tu ada sekali bersama kita. PERNAH KE?? renung2 kan la. heheh..

Kwn2 hipokrit ~ Ermm.. org yg hipokrit ni x perlu la nak di jelaskan secara pjg lebar sbb sume dah sedia maklum apa itu hipokrit... sifat pura2 yg amat jelik.. Org2 ni selalunya akan lbh jadi batu api. org camni, bile dia dah tau sesuatu kebenaran atau fakta yg benar, dia x akan kongsi dgn rakan2 yg lain. dia akan biarkan kwn2 dia terpinga2 carik jawapan. Jawapan ttg hal berkaitan apa2 yg berlaku di sekeliling dorang ni le. dan kdg2 dorang ni akan lbh jadi batu api yg akan memesongkan fakta. Dan apa yg paling x boleh tahan tu.. dgn selamba ja org ni akan mengaku kita sebagai kawan dengan nada yg hipokrit.. cuba anda bayangkan nada hipokrit tu camne? jawapannya, kita susah nak tau sbb org tu kan sdg berpura-pura.. hahaha..

Kwn2 yg terasa diri dorang mcm best ~ Heheh.. org mcm ni pon ada ka? mmg ada pun. kwn2 yg camni selalunya akan byk ckp dan kononnya layak jadi penasihat kita. kiranya jadi mcm mentor kpd kita la. dok membebel kat kita n ckp mcm2 konon mcm dorang ni seorang yg perfect. dan menasihatkan kita utk menjadi perfectionist (seorang yg sempurna dlm sume perkara).. padahal org yg bcakap tu sendiri cam hampeh.. mana ada manusia biasa yg sempurna camtu.. gila ka??! penasihat x berbayar. FYI, penasihat kat istana pun dpt gaji tau..

Kwn2 yg mengjengkelkan ~ Spesis kwn yg camni mmg hebat.. cite yg kuar dr mulut dorang ni sume best2 belaka. sume hebat2 belaka. mantap2 belaka.. dan sume2 tu menggambarkan diri dorang sendiri. Kononnya mcm byk duit la.. byk pengalaman la. byk pengetahuan la.. bile kita bercerita, sume benda dia nyampuk.. sume bnda dia tau. So, obat utk org2 camni adalah.. 'nak dengar bole, nak percaya tu susah sikit la'.. atau pun cara yg paling mudah, bila org tu dtg.. kita cabut lari.. malas nak dengar ko punye cite.. hahaha.. lu pikir la sendiri wei..

Kwn2 susah dan senang ~ Bila bercakap psl kwn susah dan senang ni pasti ramai yg dh boleh gambarkan apa maksud aku ni.. Kwn yg selalu ada di waktu kita susah dan senang. tp jgn la anggap org2 ni akan sentiasa ada pd waktu kita dlm kesusahan. kdg2 kwn tu x dpt nak tolong disebabkan ada kekangan atau  terdapat batas keupayaan org tu utk tlg kita.. cthnya, klu org tgh xde duit, xkan la dia dpt nak tlg bagi duit kt kwn2 yg tgh nak guna duit. Tak pun camni... klu baju basah kena ujan, kita xde bawak baju persalinan.. klu org yg basah tu saiz badannye kecik skit drpd aku, jgn harap la nak pakai baju kengkawan yg saiz2 saiful apek. xkan nak koyakkan baju tu plak nak bagi ko pakai. agak2 la.. huhu.. 


Harus diINGAT, setiap manusia tu ada kelemahannya sendiri. Terpulang kpd diri kita utk perbaiki atau menutup kelemahan tu. tp jgn la dgn cara menjatuhkan orang lain. Sbb BALASANnya pasti akan tiba dan diri kita sendiri yg akan tanggung.   

dah2..
cukup2 la aku merepek sorang2 kat sini.
tp ada lagi episod demi episod yg aku nak tuliskan psl KAWAN..
Ini baru intro je.
InsyaAllah sambungan cite2 ni akan menyusul kemudian.

Salam 1Dunia.
Assalamualaikum.

Tuesday, January 4, 2011

'Saksi'

salam sume yg baca blog ni..

ini bkn saksi kes mahkamah atau kes polis.
tenang sedara2 sume..
hahaha..

baca ni..

hari ni aku nak kena gi pejabat agama daerah hulu langat.
jgn pelik plak. bkn aku nak daftar nikah utk aku. heheh..

aku sbnr nye tlg kakak aku. dia nak kawen time cuti raya cina ni.
dia mnta tlg aku jadi saksi pengesahan bujang n jadi wali utk dia.

tapi tadi mak aku kata better soh abg aku yg sulung tu jadi wali.
lbh sesuai katanya..
aku x kisah pon sapa2 yg kena jadi wali.
aku layak gak.
cuma lbh baik amik yg paling sesuai la.
borang yg aku nak kena isi tu pon aku x tgk lagi. hahaha..

klu korang nak tau, aku tgh menulis ni sambil mak aku tgh bercakap dgn aku.
mak aku tnya aku tgh watpe?
aku jwb.. 'tgh tulis kat blog'..
mak aku x kata apa2..
ntah dia paham ke tak aku x tau le..
hahaha..

               ok, kita sambung cite..

japgi aku nak gi pejabat agama dlu nak pastikan prosedur n dptkan no tepon imam yg nak nikahkan kakak aku nanti.
sbb aku agak confuse dgn prosedurnya.
bakal abg ipar aku kata, kena dptkan t/tgn imam yg nak nikahkan tu dulu, pastu baru boleh submit borang.
mak aku plak kata kena submit borang dulu baru gi carik imam tu.

sapa2 yg ada pengalaman psl benda ni tlg komen k.
klu aku tnya kat org2 kat sini, mcm2 la jawapan2 yg pelik2 plak aku dpt nanti.
terutamanya klu org tua2 yg ckp.
confident je lebih, ntah btol ke tak kita pon x tau kan..
hahaha....

so, better aku gi tnya sendiri kat pejabat agama.
fyi, aku cuti seminggu ni.
perabihkan cuti gantian.
ada byk hari gak cuti aku ni.


dah, cukup2 la tu.
tulis cukup syarat je.

nanti aku update lagi..
babai, salam..

raimni@hotmail.com
raimni@yahoo.com

Monday, January 3, 2011

pertama kali

salam kpd semua

Ini kali pertama aku menulis kat blog ni

aku cuma nak COBA-COBA aja...
xtau le camne hasilnye nanti.. hahah..


bukan apa, sbnrnye aku buat blog ni pon sbb nak bagi mudah aku baca blog cik nur anis a.k.a mrs raim tu..
hahah..
jgn marah haa...

lps ni ada la sikit2 benda yg aku nak tulis.. tp biar la dlu.
saja nak try test je ni..
daaaaa...